klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Wednesday 13 October 2010

EX-STUDENTS

BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT!! Wa wa wa marah betul bunyinya ni kan.  Hmmm memang marah & kecik hati ni......tapi dalam marah, ada perkara yang menyejukkan...

:: HAL YANG BUAT AKU SERONOK ::
Tadi petang terserempak dengan 2 org ex-students [ditempat dan sela waktu yang berlainan] Yang satu tu...datang senyum dan bersalam [siap cium tangan] bertanyakan khabar, melayan gurunya ni membeli itu ini....[dia bekerja disebuah kedai alatulis]...dan siap menghantar gurunya ke kereta setelah siap aktiviti membeli belah alatulis.  Sejuk hati aku. Setidaknya aku tahu dia masih ingat akan jasa gurunya yang tak seberapa ni...



:: YANG BUAT AKU MARAH ::
Selang 10 minit, terserempak pula dengan seorang lagi ex-students :: kali ni di sebuah kiosk @ stesen minyak.  Berdiri dengan megahnya disisi pam minyak tu, dengan berpakaian uniform stesen minyak itu.  "Dia" merupakan ornag yang bertanggungjawab mengisi minyak kedalam kereta gurunya ini...namun sepatah kata sapaan pun tak terkeluar dari  mulut si dia. Dah lah gitu, buat2 tak kenal pulak.  Terkulat2 guru yang baru nak melemparkan senyuman buat sang bekas pelajar tu. Hati guru berkata "dia tak cam aku kot?" "Eish...tak kan lah...baru je 2 tahun lepas dia SPM"  Hmm agaknya muka aku ni bengis sangat kot sampai ex student pun tak nak tegur aku ye...Terdetik jugak dalam hati aku ni..."baru keje attendant pam minyak dah eksen ngan cikgu.  Kalau jadi kerani ke...doktor ke...pegawai ke...macam mana la ye sombongnya tu"  Eish...eish...eish...jahat mulut pulak cikgu ni ye....

Dalam hati.....guru ini hanya mampu berdoa...doa yang selayaknya dari seorang guru buat ex student nya.....AMIN!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

3 comments:

  1. Ish ish Gee...anak siapa la gerangannya tu?? Anggap je la maybe dia pernah accident kot dan ada masalah hilang ingatan mcm yg kita biasa2 dengar tu.

    ReplyDelete
  2. mungkin dia segan kat cikgu nya kot....

    ReplyDelete
  3. MM tu la pasal...sejukkan hati sendiri...
    Shays : kalu segan, mesti dia nyorok...ni tak berdiri dengan megahnya...dengan megahnya

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...