Air minuman ECPI keluaran Gesundheit Laboratories and Pharmaceutical Sdn Bhd kini semakin mendapat tempat di kalangan pengguna, apatah lagi keberkesanannya sudah terbukti.
Sebelum ni aku memang banyak dengar tentang air ECPI ni, tapi tak pernah la pulak baca dan tahu mendalam tentang kelebihan dan khasiat air ni. Aku cuma ingat air ni macam air mineral biasa je...bila aku tengok di Farmasi, aku agak terperanjat dengan harganya yang agak mahal berbanding dengan air mineral biasa...terdetik jugak..apasal mahal sangat air ni? Tapi masa tu tak ambik 'pot' pun.....sehinggalah satu masa, aku diserang batuk yang agak berpanjangan...dah berbotol ubat batuk aku telan dan 4 klinik aku pergi, hasilnya tetap sama...batuk, batuk dan batuk lagi.
Buntu dah kepala, nak buat macam mana...air asam jawa, air buah kembang semangkuk + biji selasih pun aku dah minum tapi macam tu jugak.... Sehinggalah kak sanisah mencadangkan agar aku cuba meminum air ni sebagai minuman harian untuk meredakan batuk...Alhamdulillah setelah mencuba, dengan izin Allah, batuk aku hilang....Eh betul2 mujarab ke air ni???
Pengalaman yang sama, terjadi pada Amir...batuk dia dah lama...hampir sebulan....3 hari lepas aku stop kan pemberian ubat klinik dan cuba beri dia minum air ECPI ni selang 1 jam [satu mug penuh] Alhamdulillah, batuk Amir semakin kurang..... so agaknya memang air ni mujarab untuk memberhentikan batuk, semuanya dengan izin Allah jua... Apa yang aku tahu, air ni bagus untuk dijadikan minuman seharian....
Air minuman ECPI seperti air minuman biasa, namun molekulnya lebih halus kerana melalui 14 kali sistem tapisan dan menjadikannya tidak seperti air minuman biasa. Saiz molekul air yg halus memudahkan air ECPI menyerapi sel sel dengan baik dan cepat. Keadaan ini memperlihatkan kadar penyerapan yg tinggi ke dlm sel kulit dan mempercepatkan pencucian buah pinggang dengan pembuangan air kencing.
Antara kelebihan Air ECPI ni
- Mampu menembusi dinding 'intra cellular'
- Mampu bertindak sebagai agen pengeyah toksin
- Mengimbangi 'electrolyte' yang diperlukan oleh badan
- Mengandungi lebih daripada 100 pro makanan tambahan
- Mengandungi pro multivitamin dan pro hormon
- Merangsang fungsi organ
- Merangsang kecergasan fizikal dan membantu mengatasi kelesuan dan keletihan
- Membekal oksigen secukupnya kepada sel
- Membantu mengatasi masalah berat badan berlebihan dan tekanan darah tinggi
- Mengurangkan risiko colon kanser
- Mengurangkan proses penuaan
- Membantu meningkatkan sistem imunisasi
- Membantu mempercepatkan proses pemulihan badan dan mengurangkan kesakitan
- Membantu mengatasi migrain dan sakit kepala
terima kasih atas perkongsian maklumat
ReplyDelete