Hmmm dah nak hampir raya ni, mula lah terfikir akan hidangan @ juadah untuk tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Setiap tahun mesti ada students yang datang [maklumlah, rumah aku di kuarters guru, yang memang terletak dalam kawasan tempat tinggal pelajar2 ku]. So, aku nak la jugak cari beberapa kuih raya atau kerepek raya untuk diletak atas meja bila pelajar datang berhari raya. So tadi, aku ke Felda Papan Timur, Kota Tinggi. Menurut kawan2 ada sebuah kerepek 'house' yang menjual pelbagai jenis kerepek, harganya pun agak berpatutan...pendek kata macam-macam kerepek ada. Fuh, bila aku sampai ke kedai, memang happening lah suasananya. Jam menunjukkan 9.15 malam, tapi orang ramai masih berpusu-pusu mengunjungi kerepek 'house' tu. Setiap orang balik dengan 2-3 plastik besar berisi kerepek. Raya sakan lah tu
SS Kerepek House, Felda Papan Timur. Maaflah kualiti gambar kurang memuaskan. Maklumlah, malam...agak kelabu asap sikit. |
Susunan kerepek-kerepek. Pilih saja mana yang berkenan dihati |
Eish..Amir pun nak enter frame |
Yang beratur nak bayar ramai. Yang sedang memilih pun ramai |
En Hubby sabar menunggu giliran nak membayar harga kerepek |
Selain kerepek, SS Kerepek House ni turut menjual pelbagai jenis kek lapis [yang diimport dari seberang ya pak!!]. Aku jeling-jeling kat rak, ada jugak ber'paket-paket' asam dan jeruk buah-buahan. Nak diikutkan hati, nak je aku capai asam2 tu..tapi mengenangkan makan asam ni tak berapa elok..aku pendamkan sajalah hasrat tu. Jam 9.55 malam, kami beredar dari SS Kerepek House, dengan 2 palstik besar kerepek [hehehehe beli untuk Mak di Terengganu sekali]
0 'kawan' dah baca n komen...:
Post a Comment
apa komen anda lepas baca entry ni....