klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Monday, 16 August 2010

Puasa :: Hari Ke - 6

Alhamdulilllah, sudah selesai ibadah puasa hari ke-enam. Dan sudah pastinya, anak sulung aku Amir, membuatkan aku kagum. Berjaya juga dia melalui enam hari berpuasa.

Dialog jam 12.00 tengahari [selepas balik dari Tabika KEMAS ~ Amir telefon Mama disekolah
"Mama....Amir penat...tadi kat sekolah main2 Musang dengan ayam...Amir jadi musang, kejar2 kawan-kawan...sekarang Amir haus...nak buka...nak buka....."

Dialog jam 2.00 petang
"Mama..Amir haus nak buka la..Tekak Amir dah kering sangat dah ni, Mama. [Merengek2] "Mama ni dah tak sayang anak la tu"

Dialog jam 4.00 petang
"Mama, lambat lagi ke buka...dah pukul berapa ni. Amir haus macam nak mati dah ni....."

Dialog jam 6.00 petang
"Mama, hari ni buka pukul berapa?"

Dialog jam 7.00 petang
[Setelah selesai mandi] "Mama, hari ni buka pukul 7.15 kan?...Yea.....yea...dah pukul 7..."

Dialog jam 7.20 malam
"Alhamdulillah...leganya dapat minum air...."

Sepanjang dialog-dialog ini berlangsung, Mama hanya mampu bersabar dan memujuk Amir.."Sabar ye sayang, kalau haus, kumpul2 air liur, pastu telan......sabar........sabar.......dah tak lama nak buka tu...Amir kan dah besar...kena puasa....!!

Syukur Alhamdulillah...Allah kurniakan aku seorang anak yang mendengar kata....

Dan aku dengan bangga memberitahu, setakat ini Amir belum tinggal puasa lagi [tahun lepas dia hanya puasa sampai jam 12 tghri je]

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

2 comments:

  1. Cikgu Norgie,
    Anak kat tadika lagi, puasa tengah hari pun sudah sangat baik. Kesian dia.....

    ReplyDelete
  2. Mr Som...
    saya bukan tak kesiankan dia, tapi saya nak mengajar dia..bukannya dia tak boleh berpuasa sampai petang. Buktinya sudah berkali-kali dia mintak berbuka, tapi saya sabarkan dan keraskan hati....hasilnya alhamdulillah dia dapat teruskan hingga petang. Saya bimbang jika diajar begitu dia akan berterusan meminta-minta nak berbuka. Saya sedih bila tgk orang2 yang dah tua di kawasan felda tempat saya mengajar ni, masih tak berpuasa...ada juga pelajar saya yang tak berpuasa, dan terang-terangan mengatakan yg mereka tak berpuasa...bila ditnya, kenapa tak puasa..jawapan mereka."Mak saya kata kalau tak larat tak yah puasa"..."tak larat la cikgu..tak tahan..haus...saya buka la" itu budak tingkatan 3...kalau boleh saya tak nak anak saya jadi macam tu...biarlah dia tahu erti dan kewajipan berpuasa...itu pendapat saya :)

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...