klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Sunday, 29 August 2010

RAYA DATANG LAGI

Hari ke-19 berpuasa...11 hari lagi Aidifitri akan menjelma...biasanya time macam ni kat sekolah dah meriah ngan kuih muih raya dan segala macam kerepek.  Tapi tahun ni suasananya amat berbeza ~ sunyi sepi!! Kenapa????? Entahlah, semua kawan-kawan pun sedar suasana tahu ni tak semeriah tahun2 lepas...Dah hilang celebration mood ke? Entahlah, yang pasti rata2 rakan tak meng'order' biskut raya melambak2 macam tahun-tahun lepas. Topik baju raya pon tak hangat diperkatakan. Masing-masing kebanyakannya, buat sehelai baju je nak dipakai hari raya pertama ~ biasala, 1 family sedondon kan. Agaknya bila umur dah veteran ni, dah tak seseronok zaman muda2 dulu berhari raya!!

Kerepek...juadah untuk tetamu ~ gambar ihsan Mr Google
Warna-warni biskut raya
Ake sendiri pun sedang mencari-cari mood hari raya.  Yang ada cuma perasaan suka dan gembira nak balik bertemu adik beradik dan ayahbonda...Baju raya? Ada la sehelai dua yang dibeli.  Baju-baju kerja yang baru aku pakai sekali dua, mungkin menjadi persalinan untuk kerumah saudara mara [ala bukannya diaorang tahu kan...hahaha!!] Kuih muih raya pun aku tak order dari kawan-kawan..biasanya dah nak masuk 20 hari puasa ni, dah bersusun kuih dalam kabinet. Tapi kabinet aku masih lagi 'sunyi sepi' dr susunan kuih raya. Agaknya tunggu minggu terakhir puasa baru mood raya tu datang agaknya

Tahun ni aku rasa tak nak lah beli biskut raya, rasa nak tukar pattern pulak, kerepek-kerepek, akan  jadi pengganti biskut raya. Tapi terfikir pulak, tak berapa nak meriah la hari raya, tanpa biskut raya! Hmmm, tengok lah macam mana. manusia ni ibarat pantai : sekali air bah, sekali pantai berubah.  Keputusan yang dibuat hari ini mungkin berubah di hari lain. Apa-apa pun anak aku yang sulung tu amat teruja nak berhari raya, kerana tahun ni, dia belum lagi tinggal puasa. Mengira hari dia, untuk beraya dan mengumpul duit raya!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

4 comments:

  1. Sedapnya kerepek2 tu NoorGIE.... I ingat pun nak beli kerepek je nanti dan buat biskut sejenis je sudah..janji oven berasap.

    ReplyDelete
  2. wa wa wa...rajinnya MM buat biskut raya...saya dah lama tak buat biskut raya...dok tunjuk' je..hehehe...

    ReplyDelete
  3. ye en_me...semua nampak sodaaapppp je bulan puasa ni

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...