Orang ramai membeli belah dikawasan baazaar. Tak dapat nak 'snap' banyak gambar....sebelah tangan pimpin Amir..takut hilang pulak dicelah2 kesesakan orang ramai |
Petang tadi kami ke Baazar Ramadhan Kota Tinggi. Saja je nak ubah selera. Lagipun sepanjang 11 hari berpuasa ni, kami belum ke Baazar Ramadhan ni. Saja je nak tengok apa yang dijual kat sini. Baazar ni terletak dikawasan parking sebelah bangunan KIPMART Kota Tinggi. Fuhh bukan main susah lagi kami nak dapat parking dikawasan ni. Jam baru menunjukkan 5 petang, tapi kawasan jualan penuh dengan orang ramai......cukup sesak. Boleh dikatakan kami berlaga-laga bahu dengan orang ramai yang mengunjungi kawasan bazaar ni.
Muka Amir yang agak penat selepas 'tawaf' Baazar Ramadhan. Tapi Amir tetap maintain...apalagi lepas Mama belikan otak-otak kegemaran dia |
Aku tengok, maybe terdapat dalam 60 - 70 gerai [ntah-ntah lebih] kat kawasan ni. Macam-macam juadah ada...tunjuk je mana yang berkenan, pas tu keluarkan duit dan bayar. Cuma kenalah berhati-hati dalam memilih makanan kerana, dalam keadaan kita letih, lapar dan dahaga berpuasa, kita akan senang dipengaruhi oleh 'display' pelbagai juadah yang membangkitkan selera. Selain tu kena tengok2 jugak dan pilih-pilih gerai tempat kita membeli juadah tu. Kebersihan pun perlu dijaga jugak kan. Pilih la makanan dari penjual dan gerai yang bersih.
Antara makanan yang agak famous di Baazar Ramadan ni ialah Roti John, murtabak, nasi ayam, nasi ambeng, lauk pauk [macam-macam jenis ada], nasi beryani, ayam panggang [ayam golek2 tu], pelbagai kuih muih [ yang manis, yang pedas, yang masam manis ...fuhh semua ada]. Tak ketinggalan juga pelbagai jenis air yang bermacam warna dan nama. Pendek kata, apa yang kita nak insya Allah ada kat baazar ni.
So baazar ni adalah alternatif bagi mereka yang tak sempat, tak larat atau malas memasak [macam aku la].
So baazar ni adalah alternatif bagi mereka yang tak sempat, tak larat atau malas memasak [macam aku la].
Saya dah banyak kali beli piza kat pasar,
ReplyDeleterasanya ....hanpehhhhh....tak taulah di KT mungkin sedap macam Pizza Hutt
Mr Som, tak la sesedap pizza hut...tp bg saya berbaloi dengan harganya...crust dia pun lagi lembut dr pizza hut...
ReplyDeleteTapi pizza kat Bazaar UDA tu lagi sedap dari Pizza Hut.. I setuju dgn NoorGie..harganya lebih berbaloi2..
ReplyDeleteBetul tu Miss mirror...hmmm bazaar UDA ye..dengar2 cerita banyak gak food yang sedap2 kat situ...insya allah kalau berkesempatan nak jugak 'melawat' ke sana...
ReplyDeleteermm bazaar tu dekat2 ngan masjid BBU ke?