Trial PMR sudah berakhir, PMR bakal menjelang, hanya 2 minggu selepas hari raya Aidifitri. Sekarang ni disekolah aku tengah demam & mabuk latih tubi soalan2 trial PMR dari negeri2 lain. Guru-guru pun sibuk jadi guru merangkap kerani [sibuk men'stapler' kertas-kertas soalan...]. Pendek kata semua guru dah 'mabuk' ngan kertas-kertas yang melambak-lambak atas meja masing-masing. Bersungguh-sungguh cikgu cikgi nak anak murid berjaya...Besar lah harapan cikgu cikgi dengan membuat soalan-soalan berbentuk peperiksaan, pelajar akan lebih dapat membiasakan diri dengan format peperiksaan. Selain itu pelajar dapat mengulangkaji segala pelajaran yang diajar guru secara tak langsung.
Tapi ada pelajar yang tak berapa nak menghargai usaha guru..ada antara kertas-kertas yang diberi guru ni dibiarkan bertaburan di atas lantai...macam kertas bungkus nasi lemak pulak..huhuhuhu...Ada jugak pelajar yang memandang sepi je kertas tu. Bila dapat, letak atas meja, pandang kawan kat sebelah, pastu pot pet pot pet. Sedih cikgu cikgi tengok kejadian itu...
Hmm nak buat macam mana....itulah realiti sebenar secebis pengalaman dalam kehidupan insan bernama cikgu cikgi.
Sungguh besar pengorbanan seorang guru... I love my teachers!
ReplyDeleteTQ MM.....(^_^)
ReplyDeletesalam gie
ReplyDeleteanak kedua akaka pun dok demam jugak hehe..trial spm tak lama lagi...
hehehe sekarang ni mmg tengah musim demam peksa kak kam...buntang2 mata cikgu menanda. trial spm johor tengah berlangsung sekarang ni...
ReplyDelete