Tersentuh hati membaca suratkhabar hari ni, bila aku melihat seorang Ayah sanggup menyimbah asid pada isteri dan anak-anaknya, hanya kerana tidak diberikan wang sebanyak RM30. Apatah lagi seorang Ayah itu tidak bekerja dan merupakan seorang penagih dadah...dan pastinya wang RM30 yang diminta dari sang isteri akan digunakan untuk mendapatkan 'barang jahanam' tu.
Sebak hati aku melihat dua gambar anak-anaknya yang cedera ni.
Anak lelaki yang baru berusia 2 tahun menderita disimbah cuka getah
Anak perempuan yang cedera parah dimuka dan mungkin akan buta selama-lamanya
Tergamak hati seorang ayah melakukan perkara sebegini pada anak kandung sendiri. Bagaimana lah nasib dan masa depan anak ini nanti? Yang paling aku marah dan geram, simbahan asid tu dilakukan semasa anak-anak ini sedang tidur...KEJAM! KEJAM!
Untuk berita lanjut lihat di sini ------->> BERITA HARIAN
0 'kawan' dah baca n komen...:
Post a Comment
apa komen anda lepas baca entry ni....