Tahniah buat kawan aku, Hairayu, merangkap 'kakak' kepada anak aku Amir [anak Mak Cik Painah, pengasuh Amir selama 6 tahun...] kerana baru mendapat cahaya mata ke-2 pada 30 Ogas 2010, baby ni tak nak jadi anak merdeka kot..hehehe....tak pe lah yang penting semua selamat. Baby perempuan ni selamat lahir pada jam 7.30 pagi hari Isnin dengan berat 3.1kg. baby ni belum ada nama lagi, agaknya mak ngan ayah dia tengah mencari nama yang sesuai dan bermakna baik untuk menjadi milik anak kecil ni. Semoga Ayu bertambah gembira dengan kehadiran cahaya mata ke -2 ni selepas pemergian anak sulungnya, arwah adik Iqram dalam usia 32 hari kerana masalah jantung. Didoakan semoga semuanya selamat dan Ayu dapat menghabiskan pantang dengan seronok [mana taknya cuti 60 hari tu!!]
Ala-ala comelnya. Pandai pulak dia bukak mata masa aunty Gie nak ambik gambar dia |
Yang ni gambar time tido. Nyenyak betul tido, bila dah dibedung selesa lah tu |
Amir pun nak bergambar ngan baby |
Yang aku lucunya, Amir secara spontan cakap..."Nenek dah dapat cucu..comel cucu nenek ni, Lepas ni Nenek buang Amir dalam tong sampah la"..... Hai budak-budak...macam-macam yang dia fikir!!
Salam NorGie..... amacam? dah jumpa Feel raya kan?
ReplyDeleteAlhamdulillah,
ReplyDeletebertambah lagi umat Nabi Muhammad SAW di atas
muka bumi ini
MM...tu la...agaknya aura raya MM dah sampai ke kota tinggi ni...
ReplyDeleteMr Som...alhamdulillah....
ReplyDelete