klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Sunday 22 August 2010

RINDUNYA DENGAN MOK..DENGAN AYOH...


Ayahanda : Mohd Riffin bin Abdul Wahab
Bonda : Wan Tipah bt Wan Embong

Hari ni dah hari ke-12 berpuasa.  Seingat aku sejak kahwin 7 tahun lepas, jarang sekali aku dapat berpuasa agak lama bersama-sama ngan ayahbonda.  Kalau dapat pun sehari atau dua hari sebelum hari raya, itupun kalau giliran berhari raya di rumah ayahbonda.  Maklumlah dah berkeluarga sendiri ni...menetap pulak nun jauh di selatan tanahair.  Jauh nak balik Terengganu. Namun, macam mana pun giliran berhari raya mesti dipatuhi [kang tak pasal2 pulak ada yang bermuncung].

Sejak aku bekeluarga ni, jarang2 sangat balik ke Terengganu. Kalau balik pun cuma waktu cuti sekolah.  Tak macam masa bujang-bujang dulu, hujung minggu pun aku bantai balik. Tapi alhamdulillah, Tuhan tu Maha Kaya, dipertemukan aku jodoh dengan jejaka selatan tanahair, walaupun jauh, tapi mempunyai pekerjaan yang sama dengan aku ~ CIKGU CIKGI. So senang la kalau nak balik kampung time cuti sekolah. Sebab cuti aku dan cuti dia sama. Kesian jugak bila tengok rakan-rakan yang suaminya tak sealiran.  Sorang cuti, sorang lagi pulak tak cuti. Ada jugak rakan guru yang terpaksa mengorbankan CRK [Cuti Rehat Khas], bila sang suami bercuti dan mengajak isteri pulang ke kampung [bukan semasa cuti sekolah].

Apa pun aku rindu sangat ngan Mok ngan Ayoh.  Nasib baiklah ada TM kan, senang nak berhubung. Dengan pakej streamyx [RM 68 ++ sebulan + pakej telefon rumah], aku dapat berbual ngan Mok lama-lama.  Kadang2 sampai sejam...sebab dengan pakej tu, boleh berbual selama yang kita nak, tapi charge dia tak banyak.  Sejak aku pakai pakej ni, bil telefon TM hanya RM 98 - RM 110 je sebulan...Memang berbaloi.

Terima kasih TM....!!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

2 comments:

  1. Begitulah resam isteri kena ikut suami, barulah jadi isteri solehah. Kenalah banyak berkorban. Kami suami isteri - sekampung, jadi masalah tu tak adalah.....huhuhu

    ReplyDelete
  2. Betul lah MrSom...
    alhamdulillah sejak berkahwin tak pernah lah bergaduh soal balik raya...walaupun rumah Mak mentua dekat sangat [10 min dah sampai] tp suami sangat memahami...giliran raya tak pernah kami abaikan..mesti ikut giliran...cuma kalau cuti sekolah mmg balik trg lama la, kalau cuti 2minggu, biasanya 3/4 dihabiskan di trengganu...alhamdulillah mak mentua jenis yang bertolak ansur dan memahami

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...