klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Sunday 29 August 2010

ROTI CANAI BUATAN SENDIRI~ KALI PERTAMA DALAM HIDUPKU (^_^)

Teringin pulak nak makan roti canai dengan kuah kari daging.  Nak beli, mana ade yang jual roti canai petang-petang.  Yang ada cuma murtabak.  Hmmm last-last surf Mr Google untuk cari resepi.  Cari pulak resepi yang paling simple [ bahan-bahannya disukat pakai cawan @ sudu. Kalau pakai gram-gram ni susah nak agak]

Bahan-bahan nak buat roti canai 1st aku ni senang dan simple sangat [TQ sekali lagi untuk Mr Google]

Bahan utama ~ tentulah tepung. Dalam anggaran 2 mug.
Tadi untuk adunan ni, aku dapat dalam 10 biji roti canai

Pastu kita perlukan marjerin @ butter yang dicairkan.
Lebih kurang 2-3 sudu besar [untuk 2 mug tepung]

Air ~ secukup uli...tadi aku gunakan dalam 1 cawan je

1-2 sudu susu pekat, dilarutkan dalam air tadi tu
Cara-cara nak buat senang je.  Campurkan marjerin @ mentega yang dicairkan tadi dengan tepung, lepas tu uli sampai tepung dan marjerin agak sebati.  Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sampai jadi doh yang agak licin. Bulat-bulatkan dan kemudian rehatkan doh dalam 30 - 40 minit, lumurkan doh dengan sedikit minyak dan marjerin. Lepas 30 minit, boleh lah dicanai, diuli dan dibentukkan sesuka rasa...

Doh yang dah siap diuli 

Dah siap bakar dah ni....walaupun tak berapa cantik, tapi inilah
hasil air tangan aku sendiri.  Agak keras sikit, tapi sedap.
Yang penting suami dan anak aku puji, hehehhe

Kari daging untuk dimakan bersama roti canai

Hidangan sampingan iftar hari ini. Popia basah made in bazaar
Ramadhan Felda Lok Heng. Sedap!!
Walaupun simple je dan aku pasti ramai yang pandai buat roti canai, tapi hari ni selepas hidup selama 33 tahun [alamak pecah rahsia!!], pastinya akan menjadi kenangan peribadi aku kerana hari ni aku berjaya 'menebar' roti canai aku sendiri.  Lepas ni boleh cuba lagi. Harap cubaan kali ke -2 dan seterusnya membuahkan hasil yang lebih baik........


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

8 comments:

  1. gee.. tahniah.. mu buleh jd seorang penulis ni... teruskan usha.. cayok2... aku dh baca byk cttn mu sblm ini... mga blog mu berguna untuk semua dan khasnye utk aku yg baru dok tgh blaja nih

    ReplyDelete
  2. TQ cik jah...atas kata2 semangat dan dorongan...hehehe....sesaje je aku menulis ni...
    jgn lupa jengah2 blog aku yea!!

    ReplyDelete
  3. Tahniah Cikgu,
    Selepas ini, suami sudah tidak perlu lagi membeli roti canai di kedai. Betapa nanti banyak yg dapat dijimatkan.

    ReplyDelete
  4. TQ Mr Som....untuk makan sekeluarga kami setakat ni, kata suami bolehlah, semalam..habislah jugak 10 keping roti canai pertama yang saya uli....mungkin roti canai saya akan lebih sedap dimasa akan datang...(^_^)

    ReplyDelete
  5. caya laa kak gie..akhirnya jadik gak...hahahaha tak sia-sia buat...

    ReplyDelete
  6. ye la shays...hahaha..jadi tu mmg jadik..tp ada keras sket la...tertinggal 1 bahan...kata mak mentua akak, kena letak sebiji telur dalam adunan, baru lembut sket...x pa lain kali kita buat lagi

    ReplyDelete
  7. waaah...1st time tgok resepi roti canai...bagus2 boleh cuba ni..:)

    ReplyDelete
  8. Zullism...cuba jangan tak cuba...tapi macam yang saya dah komen sebelum ni, jangan lupa tambahkan telur yea!!

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...