klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Saturday 14 August 2010

Tepung Pelita Oh Tepung Pelita

Selalunya, time bulan puasa ni, aku mesti mencari kuih kegemaran aku ni..TEPUNG PELITA. Kuih tepung pelita ni sejenis kuih tradisional yang sedap dan enak rasanya. Aku ni kalau dapat tepung pelita memang dah tak toleh kiri kanan dah...sebab kuih ni memang 'peberet' aku. Kuih ni dibuat daripada santan dan tepung beras dan dimasak kemudian diletakkan dalam bekas yang diperbuat dari daun pisang. Sebelum bancuhan tepung beras yang telah dimasak dituang dalam acuan, terlebih dulu, diletakkan dengan air gula yang menjadikannya rasa lemak manis. Kemudian kuih ni dikukus...

Setakat ni aku belum jumpa lagi kuih tepung pelita 'piow'[pure] kat Kota Tinggi ni. Selalunya kalau ke Bazaar Ramadhan, yang ada cuma kuih tako, yang rupanya seakan-akan kuih tepung pelita. Cuma bezanya layer bawah bukan diletakkan air gula, tapi lapisan tepung beras yang kadang-kala diletakkan sengkuang cina dan diwarnakan hijau.

Entah kenapa tekak aku memang tak boleh nak terima kuih tako ni....

Hmmm terasa betul nak makan tepung pelita 'piow' Terengganu....Insya Allah kalau berkesempatan aku nak cuba buat sendiri la....Kena surf ENCIK GOOGLE for the recipe.

Kuih Tako

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

2 comments:

  1. Ish ish,
    Puasa-puasa begini, tengok kuih ni....
    petang ni saya nak belilah...
    Cikgu Noorgie

    ReplyDelete
  2. hahahaha...sabar...sabar....
    apalagi petang ni pegi la bazaar ramadhan, tapi kena hati2..pilih kuih tu...

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...