klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Tuesday 31 August 2010

ORANG BARU....

Tahniah buat kawan aku, Hairayu, merangkap 'kakak' kepada anak aku Amir [anak Mak Cik Painah, pengasuh Amir selama 6 tahun...] kerana baru mendapat cahaya mata ke-2 pada 30 Ogas 2010, baby ni tak nak jadi anak merdeka kot..hehehe....tak pe lah yang penting semua selamat.  Baby perempuan ni selamat lahir pada jam 7.30 pagi hari Isnin dengan berat 3.1kg.  baby ni belum ada nama lagi, agaknya mak ngan ayah dia tengah mencari nama yang sesuai dan bermakna baik untuk menjadi milik anak kecil ni.  Semoga Ayu bertambah gembira dengan kehadiran cahaya mata ke -2 ni selepas pemergian anak sulungnya, arwah adik Iqram dalam usia 32 hari kerana masalah jantung. Didoakan semoga semuanya selamat dan Ayu dapat menghabiskan pantang dengan seronok [mana taknya cuti 60 hari tu!!]

Ala-ala comelnya.  Pandai pulak dia
bukak mata masa aunty Gie nak ambik
gambar dia
Yang ni gambar time tido.
Nyenyak betul tido, bila dah dibedung
selesa lah tu

Amir pun nak bergambar ngan baby
Yang aku lucunya, Amir secara spontan cakap..."Nenek dah dapat cucu..comel cucu nenek ni,  Lepas ni Nenek buang Amir dalam tong sampah la"..... Hai budak-budak...macam-macam yang dia fikir!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

JALAN-JALAN CARI KEREPEK

Hmmm dah nak hampir raya ni, mula lah terfikir akan hidangan @ juadah untuk tetamu yang datang berkunjung ke rumah.  Setiap tahun mesti ada students yang datang [maklumlah, rumah aku di kuarters guru, yang memang terletak dalam kawasan tempat tinggal pelajar2 ku]. So, aku nak la jugak cari beberapa kuih raya atau kerepek raya untuk diletak atas meja bila pelajar datang berhari raya.  So tadi, aku ke Felda Papan Timur, Kota Tinggi. Menurut kawan2 ada sebuah kerepek 'house' yang menjual pelbagai jenis kerepek, harganya pun agak berpatutan...pendek kata macam-macam kerepek ada. Fuh, bila aku sampai ke kedai, memang happening lah suasananya. Jam menunjukkan 9.15 malam, tapi orang ramai masih berpusu-pusu mengunjungi kerepek 'house' tu. Setiap orang balik dengan 2-3 plastik besar berisi kerepek.  Raya sakan lah tu

SS Kerepek House, Felda Papan Timur.
Maaflah kualiti gambar kurang memuaskan.
Maklumlah, malam...agak kelabu asap sikit.


Susunan kerepek-kerepek.
Pilih saja mana yang berkenan dihati

Eish..Amir pun nak enter frame

Yang beratur nak bayar ramai.
Yang sedang memilih pun ramai

En Hubby sabar menunggu giliran nak
membayar harga kerepek

Selain kerepek, SS Kerepek House ni turut menjual pelbagai jenis kek lapis [yang diimport dari seberang ya pak!!].  Aku jeling-jeling kat rak, ada jugak ber'paket-paket' asam dan jeruk buah-buahan. Nak diikutkan hati, nak je aku capai asam2 tu..tapi mengenangkan makan asam ni tak berapa elok..aku pendamkan sajalah hasrat tu. Jam 9.55 malam, kami beredar dari SS Kerepek House, dengan 2 palstik besar kerepek [hehehehe beli untuk Mak di Terengganu sekali]


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

JALAN-JALAN ~ CARI FEEL RAYA

Semalam, si Amir merengek2 mintak dibelikan kasut raya..biasala kan budak-budak.  Lagipun kami dah lama tak keluar..sesaja je la jalan-jalan cuci-cuci mata. Petang tu kami 'merayap ke Jusco Tebrau.  Amir seronok tengok hiasan hari raya kat centre court JJ tu. Terus dia nak snap gambar kat situ.

Anak manja Mama

'Perkampungan'  Raya JJ Tebrau City

3 stooges...

Cantik hiasan pentas

Booth kuih raya..macam-macam kuih ada.
Aku tak tengok pulak harganya, tapi sure agak mahal ni.
Maklumlah kat JJ kan!!

Amir try kasut raya.
Tapi last2 dia beli sandal jugak...
eish cerewet jugak anak lelaki aku ni.

Adik pun try kasut...
dah ade yang berkenan,
 tak ada pulak size Amzar.
Tak pe, lain kali kita
cari lagi. [alasan nak jalan2 lagi la ni]
Puas la kami merayau kat JJ Tebrau semalam. Iftar pun kat sana. Dah sampai rumah, masing-masing penat..semua tumbang...tidur nyenyak betul. Nasib baik pagi tadi terjaga untuk bersahur.



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday 30 August 2010

'TAG' DARI RAKAN DUNIA SIBER ~ KELANA

Dah lama jugak aku tak dapat 'tag' dari sesiapa. Kalau dulu Kin selalu jugak 'tag' aku dan aku kena sempurnakan pelbagai tugasan.  Hari ni, bila buka "rumah" dapat la tag dari rakan baru dunia siber aku ni...Encik KELANA.  Eermmm mari kita jawab ye...


 7 soalan yang perlu dijawab  dulu..

1. Apakah yang bermain di minda anda sekarang?
Mengantuk....tidur tak berapa nak cukup.  Dalam sejam sejam lagi nak kena pergi ke sekolah

2. Apakah nama samaran anda?
Noorgie  (^_^)

3. Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
Mak, ayah...dan 3 orang 'hero' aku la..

4. Panggilan untuk si dia?
::Abang:: kadang-kadang... "bie"..

5. Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?
Kesetiaan, perhatian dan kasih sayang yang tak berbelah bagi..

6. Blog yang anda selalu lawat?
Seperti yang tersenarai dalam blog

7. Tag kan kepada 15 blogger..
Alamak tak tahu lagi nak tag kat sapa...(^_^)

Ni la award yang Encik Kelana kita bagi. TQ


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 29 August 2010

ROTI CANAI BUATAN SENDIRI~ KALI PERTAMA DALAM HIDUPKU (^_^)

Teringin pulak nak makan roti canai dengan kuah kari daging.  Nak beli, mana ade yang jual roti canai petang-petang.  Yang ada cuma murtabak.  Hmmm last-last surf Mr Google untuk cari resepi.  Cari pulak resepi yang paling simple [ bahan-bahannya disukat pakai cawan @ sudu. Kalau pakai gram-gram ni susah nak agak]

Bahan-bahan nak buat roti canai 1st aku ni senang dan simple sangat [TQ sekali lagi untuk Mr Google]

Bahan utama ~ tentulah tepung. Dalam anggaran 2 mug.
Tadi untuk adunan ni, aku dapat dalam 10 biji roti canai

Pastu kita perlukan marjerin @ butter yang dicairkan.
Lebih kurang 2-3 sudu besar [untuk 2 mug tepung]

Air ~ secukup uli...tadi aku gunakan dalam 1 cawan je

1-2 sudu susu pekat, dilarutkan dalam air tadi tu
Cara-cara nak buat senang je.  Campurkan marjerin @ mentega yang dicairkan tadi dengan tepung, lepas tu uli sampai tepung dan marjerin agak sebati.  Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sampai jadi doh yang agak licin. Bulat-bulatkan dan kemudian rehatkan doh dalam 30 - 40 minit, lumurkan doh dengan sedikit minyak dan marjerin. Lepas 30 minit, boleh lah dicanai, diuli dan dibentukkan sesuka rasa...

Doh yang dah siap diuli 

Dah siap bakar dah ni....walaupun tak berapa cantik, tapi inilah
hasil air tangan aku sendiri.  Agak keras sikit, tapi sedap.
Yang penting suami dan anak aku puji, hehehhe

Kari daging untuk dimakan bersama roti canai

Hidangan sampingan iftar hari ini. Popia basah made in bazaar
Ramadhan Felda Lok Heng. Sedap!!
Walaupun simple je dan aku pasti ramai yang pandai buat roti canai, tapi hari ni selepas hidup selama 33 tahun [alamak pecah rahsia!!], pastinya akan menjadi kenangan peribadi aku kerana hari ni aku berjaya 'menebar' roti canai aku sendiri.  Lepas ni boleh cuba lagi. Harap cubaan kali ke -2 dan seterusnya membuahkan hasil yang lebih baik........


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

RAYA DATANG LAGI

Hari ke-19 berpuasa...11 hari lagi Aidifitri akan menjelma...biasanya time macam ni kat sekolah dah meriah ngan kuih muih raya dan segala macam kerepek.  Tapi tahun ni suasananya amat berbeza ~ sunyi sepi!! Kenapa????? Entahlah, semua kawan-kawan pun sedar suasana tahu ni tak semeriah tahun2 lepas...Dah hilang celebration mood ke? Entahlah, yang pasti rata2 rakan tak meng'order' biskut raya melambak2 macam tahun-tahun lepas. Topik baju raya pon tak hangat diperkatakan. Masing-masing kebanyakannya, buat sehelai baju je nak dipakai hari raya pertama ~ biasala, 1 family sedondon kan. Agaknya bila umur dah veteran ni, dah tak seseronok zaman muda2 dulu berhari raya!!

Kerepek...juadah untuk tetamu ~ gambar ihsan Mr Google
Warna-warni biskut raya
Ake sendiri pun sedang mencari-cari mood hari raya.  Yang ada cuma perasaan suka dan gembira nak balik bertemu adik beradik dan ayahbonda...Baju raya? Ada la sehelai dua yang dibeli.  Baju-baju kerja yang baru aku pakai sekali dua, mungkin menjadi persalinan untuk kerumah saudara mara [ala bukannya diaorang tahu kan...hahaha!!] Kuih muih raya pun aku tak order dari kawan-kawan..biasanya dah nak masuk 20 hari puasa ni, dah bersusun kuih dalam kabinet. Tapi kabinet aku masih lagi 'sunyi sepi' dr susunan kuih raya. Agaknya tunggu minggu terakhir puasa baru mood raya tu datang agaknya

Tahun ni aku rasa tak nak lah beli biskut raya, rasa nak tukar pattern pulak, kerepek-kerepek, akan  jadi pengganti biskut raya. Tapi terfikir pulak, tak berapa nak meriah la hari raya, tanpa biskut raya! Hmmm, tengok lah macam mana. manusia ni ibarat pantai : sekali air bah, sekali pantai berubah.  Keputusan yang dibuat hari ini mungkin berubah di hari lain. Apa-apa pun anak aku yang sulung tu amat teruja nak berhari raya, kerana tahun ni, dia belum lagi tinggal puasa. Mengira hari dia, untuk beraya dan mengumpul duit raya!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday 25 August 2010

DEMAM LATIH TUBI & PMR BERMULA


Trial PMR sudah berakhir, PMR bakal menjelang, hanya 2 minggu selepas hari raya Aidifitri.  Sekarang ni disekolah aku tengah demam & mabuk latih tubi soalan2 trial PMR dari negeri2 lain.  Guru-guru pun sibuk jadi guru merangkap kerani [sibuk men'stapler' kertas-kertas soalan...]. Pendek kata semua guru dah 'mabuk' ngan kertas-kertas yang melambak-lambak atas meja masing-masing. Bersungguh-sungguh cikgu cikgi nak anak murid berjaya...Besar lah harapan cikgu cikgi dengan membuat soalan-soalan berbentuk peperiksaan, pelajar akan lebih dapat membiasakan diri dengan format peperiksaan. Selain itu pelajar dapat mengulangkaji segala pelajaran yang diajar guru secara tak langsung.  

Tapi ada pelajar yang tak berapa nak menghargai usaha guru..ada antara kertas-kertas yang diberi guru ni dibiarkan bertaburan di atas lantai...macam kertas bungkus nasi lemak pulak..huhuhuhu...Ada jugak pelajar yang memandang sepi je kertas tu. Bila dapat, letak atas meja, pandang kawan kat sebelah, pastu pot pet pot pet. Sedih cikgu cikgi tengok kejadian itu...

Hmm nak buat macam mana....itulah realiti sebenar secebis pengalaman dalam kehidupan insan bernama cikgu cikgi.

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 22 August 2010

MERCUN & HARI RAYA



Macam-macam jenis mercun dan bunga api ~ gambar ihsan Mr Google
Mercun ~ memang seronok main mercun tapi sangat2 merbahaya kalau disalah gunakan.  Satu artikel akhbar Kosmo mengenai jari jemari kanak-kanak berusia 8 tahun cedera apabila bermain mercun -------->> bahana mercun

Aku sangat2 berhati-hati kalau bab mercun ni.  Kalau Amir nak juga main bunga api, aku akan pastikan dia main bunga api yang biasa2 je dan dibawah pengawasan aku. Budak mana yang tak suka main mercun & bunga api, amir pun tak terkecuali.  mana dia dapat bunga api @ mercun?  Pastinya bukan dari aku.  Yang selalu jd supplier ~ dua orang adik ipar aku.  Ntah dari mana mereka dapat mercun & bunga api pun aku tak tahu....ada je pelbagai jenis mercun yang dibawa balik...ikut hati, nak aje aku tong sampahkan mercun2 dan bunga api tu...tapi apakan daya [paham2 la ye]

Kenapa mercun & bunga api dan hari raya cukup sinonim? Ada yang kata tak de mercun dan bunga api tak meriah hari raya.  Ye ke? Bagi aku mercun hanya membingitkan suasana dan asap bunga api menyesakkan nafas.  Tapi walaupun saban tahun ada je kanak2 yang tercedera terkena mercun dan penguatkuasaan undang2 terhadap penjual dan orang yang mengedarkan mercun dan bunga api;  ianya tetap menjadi pilihan dan bekalannya tidak pernah berkurang setiap kali hari raya menjelang.  Dimana silapnya?????

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

RINDUNYA DENGAN MOK..DENGAN AYOH...


Ayahanda : Mohd Riffin bin Abdul Wahab
Bonda : Wan Tipah bt Wan Embong

Hari ni dah hari ke-12 berpuasa.  Seingat aku sejak kahwin 7 tahun lepas, jarang sekali aku dapat berpuasa agak lama bersama-sama ngan ayahbonda.  Kalau dapat pun sehari atau dua hari sebelum hari raya, itupun kalau giliran berhari raya di rumah ayahbonda.  Maklumlah dah berkeluarga sendiri ni...menetap pulak nun jauh di selatan tanahair.  Jauh nak balik Terengganu. Namun, macam mana pun giliran berhari raya mesti dipatuhi [kang tak pasal2 pulak ada yang bermuncung].

Sejak aku bekeluarga ni, jarang2 sangat balik ke Terengganu. Kalau balik pun cuma waktu cuti sekolah.  Tak macam masa bujang-bujang dulu, hujung minggu pun aku bantai balik. Tapi alhamdulillah, Tuhan tu Maha Kaya, dipertemukan aku jodoh dengan jejaka selatan tanahair, walaupun jauh, tapi mempunyai pekerjaan yang sama dengan aku ~ CIKGU CIKGI. So senang la kalau nak balik kampung time cuti sekolah. Sebab cuti aku dan cuti dia sama. Kesian jugak bila tengok rakan-rakan yang suaminya tak sealiran.  Sorang cuti, sorang lagi pulak tak cuti. Ada jugak rakan guru yang terpaksa mengorbankan CRK [Cuti Rehat Khas], bila sang suami bercuti dan mengajak isteri pulang ke kampung [bukan semasa cuti sekolah].

Apa pun aku rindu sangat ngan Mok ngan Ayoh.  Nasib baiklah ada TM kan, senang nak berhubung. Dengan pakej streamyx [RM 68 ++ sebulan + pakej telefon rumah], aku dapat berbual ngan Mok lama-lama.  Kadang2 sampai sejam...sebab dengan pakej tu, boleh berbual selama yang kita nak, tapi charge dia tak banyak.  Sejak aku pakai pakej ni, bil telefon TM hanya RM 98 - RM 110 je sebulan...Memang berbaloi.

Terima kasih TM....!!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 21 August 2010

BAAZAR RAMADHAN KOTA TINGGI

Orang ramai membeli belah dikawasan baazaar.
Tak dapat nak 'snap' banyak gambar....sebelah
tangan pimpin Amir..takut hilang pulak dicelah2
kesesakan orang ramai
Petang tadi kami ke Baazar Ramadhan Kota Tinggi.  Saja je nak ubah selera. Lagipun sepanjang 11 hari berpuasa ni, kami belum ke Baazar Ramadhan ni.  Saja je nak tengok apa yang dijual kat sini.  Baazar ni terletak dikawasan parking sebelah bangunan KIPMART Kota Tinggi.  Fuhh bukan main susah lagi kami nak dapat parking dikawasan ni. Jam baru menunjukkan 5 petang, tapi kawasan jualan penuh dengan orang ramai......cukup sesak.  Boleh dikatakan kami berlaga-laga bahu dengan orang ramai yang mengunjungi kawasan bazaar ni.  

Muka Amir yang agak penat selepas 'tawaf' Baazar Ramadhan.
Tapi Amir tetap maintain...apalagi lepas Mama belikan
otak-otak kegemaran dia
Aku tengok, maybe terdapat dalam 60 - 70 gerai [ntah-ntah lebih] kat kawasan ni. Macam-macam juadah ada...tunjuk je mana yang berkenan, pas tu keluarkan duit dan bayar. Cuma kenalah berhati-hati dalam memilih makanan kerana, dalam keadaan kita letih, lapar dan dahaga berpuasa, kita akan senang dipengaruhi oleh 'display' pelbagai juadah yang membangkitkan selera.  Selain tu kena tengok2 jugak dan pilih-pilih gerai tempat kita membeli juadah tu. Kebersihan pun perlu dijaga jugak kan.  Pilih la makanan dari penjual dan gerai yang bersih.

Apa aje la yang adik tengok tu.  Kesian Ayah, penat dukung adik.
Orang ramai sangat.... kalau bawak stroller, sure susah nak jalan.
Kalau bagi dia berjalan sendiri, takut gak..kang tak pasal-pasal
hilang dicelah-celah orang ramai
Antara makanan yang agak famous di Baazar Ramadan ni ialah Roti John, murtabak, nasi ayam, nasi ambeng, lauk pauk [macam-macam jenis ada], nasi beryani, ayam panggang [ayam golek2  tu], pelbagai kuih muih [ yang manis, yang pedas, yang masam manis ...fuhh semua ada].  Tak ketinggalan juga pelbagai jenis air yang bermacam warna dan nama.  Pendek kata, apa yang kita nak insya Allah ada kat baazar ni.
So baazar ni adalah alternatif bagi mereka yang tak sempat, tak larat atau malas memasak [macam aku la].
Ayah khusyuk pilih pizza kat gerai Lan's Pizza.  Aku memang rekemen
la pizza kat gerai ni.  Cheese dan filling dia memang banyak.
Rasa dia pun  sedap...Harga? Tak la mahal sangat. RM 12
untuk 1 pizza; RM 1.50 untuk 1 slice pizza.  Memang berbaloi!!
Sekali datang & rasa pizza ni, aku gerenti,
mesti nak datang dan beli lagi

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

BANYAKNYA KAIN.....!!



Baju dalam bakul.....banyaknya!!!

Kain oh kain.............Dilemma semua suri rumah tangga....baju anak, baju suami, baju sendiri...Aduyaiiiii...

Bila ahli keluarga bertambah...kain baju pun bertambah.  Dulu masa berdua, kadang2 seminggu sekali baru nak basuh baju..Sekarang bila berempat, kalau sehari tak mendobi, maknanya menimbun la kain dalam bakul kain kotor tu.
Baju berjemur.....senarai menunggu untuk dilipat
Bab-bab, basuh membasuh ni memang terserah atas batu jemala En Hubby.  Tang ni memang aku boleh puji En Hubby, kerja dia memang tip-top....
Lepas basuh jemur, ok lagi la. Sebab aku suka jemur baju...Lepas jemur, tentulah kena lipat kan?  Hmmmm tang ni la yang aku malezzzz sikit ni.  Aku akui, memang aku malas melipat baju. Aduyaiii bab ni la yang den lomah...tapi nak buat cemana, nak tak nak kena la lipat jugak.....
Baju siap dilipat

Lega bila tengok bakul kosong
Proses melipat ni akan mengambil masa sikit.  Buat sekadar termampu hehehehehe. Yang penting kita lipat & kemudian susun dalam almari.....

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 20 August 2010

HARI INI DALAM SEJARAH

Dah hampir sebelas tahun bergelar "Teacher", hari ni hari bersejarah untuk aku...

Tengah menanda paper english trial SPM, tiba-tiba aku terjumpa satu kertas karangan bahasa inggeris yang ditulis [dijawab pleh pelajar] dalam bahasa melayu!!! Bukan sikit-sikit dia tulis...2 muka surat, dan hanya ayat pertama sahaja yang dalam bahasa inggeris...daripada karangan dia tu, nampak gaya macam dia faham soalan, tetapi mungkin dia tak mampu nak tulis dalam bahasa inggeris.

Selama sebelas tahun mengajar dan menanda kertas, inilah kali pertama aku terserempak dengan kejadian sebegini...

Adusssss.....sakit kepala...!!! Selama ni apa yang aku ajar tak masuk dalam kepala dia ke???Sedangkan, sebelum peperiksaan, dah banyak kali buat ulangkaji n banyak contoh2 karangan yang dah aku buat bersama pelajar dalam kelas... At least tak dapat tulis panjang, tulis sikit pun jadi la....

Mula2 nak je aku scan kertas jawapan budak tu..and publish kat sini, tapi fikir2 balik kesian pulak.....tak pe lah...

Lepas ni kena fikirkan cara untuk elakkan pelajar ni buat perkara sama, especially semasa Exam SPM..

Agaknya ada kesilapan aku sebagai Teacher dia ni...kena kaji semula...

Teacher Gie ~kena buat sehabis BAIK!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

MENU TIME BERSAHUR

Aduyaiiii
Ni la yang paling susah aku nak pikir....
Maklumlah, jam 5 pagi, mana la lalu nak makan....
Kembang je rasa tekak...

Hampir hari-hari aku goreng ayam HPA [promote sket]

Kalau tak pun goreng telur kicap..atau telur dadar


Ataupun goreng bilis + bawang besar + kicap

Amir pulak, menu sahur dia kalau tak ayam goreng ngan kicap, mesti nak telur ngan kicap. Kalau dapat 2 lauk ni, laju la sikit dia makan.....nasi pun habis sepinggan. Objektifnya, dia kena bersahur, sebab paginya nak berpuasa. So turutkan lah menu dia ni...

Eh lupa pulak, kadang-kadang ada ulam ~ timun ke, kobis ke, kacang ke [cicah sambal belacan]

Teruk ke menu2 ni...dah nak buat macam mana...itu je yang dapat masuk tekak ni pada jam 5++ pagi.....

Lagi satu ~ nasib baiklah En Hubby saya tak cerewet...apa yang saya masak, itulah yang dia makan....

Best ~ Best ~ Best

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 19 August 2010

Mata tak mau tido

Jam dah 12.04 tgh malam...
Aku dok terkebil-kebil lagi...
3 hero aku dah hanyut dah semua...

Esok pagi2 nak bangun bersahur..
Huhuhuhu apasal la mata tak mau tido ni...
Esok sure sakit + pening kepala..

Skrip jawapan budak, belom bertanda..
Belum ade mood nak tanda...

Bila mood nak datang ni?

Eish...apa aku dok merepek ni...??

Dah dah...stop...tidur dulu...!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday 16 August 2010

Puasa :: Hari Ke - 6

Alhamdulilllah, sudah selesai ibadah puasa hari ke-enam. Dan sudah pastinya, anak sulung aku Amir, membuatkan aku kagum. Berjaya juga dia melalui enam hari berpuasa.

Dialog jam 12.00 tengahari [selepas balik dari Tabika KEMAS ~ Amir telefon Mama disekolah
"Mama....Amir penat...tadi kat sekolah main2 Musang dengan ayam...Amir jadi musang, kejar2 kawan-kawan...sekarang Amir haus...nak buka...nak buka....."

Dialog jam 2.00 petang
"Mama..Amir haus nak buka la..Tekak Amir dah kering sangat dah ni, Mama. [Merengek2] "Mama ni dah tak sayang anak la tu"

Dialog jam 4.00 petang
"Mama, lambat lagi ke buka...dah pukul berapa ni. Amir haus macam nak mati dah ni....."

Dialog jam 6.00 petang
"Mama, hari ni buka pukul berapa?"

Dialog jam 7.00 petang
[Setelah selesai mandi] "Mama, hari ni buka pukul 7.15 kan?...Yea.....yea...dah pukul 7..."

Dialog jam 7.20 malam
"Alhamdulillah...leganya dapat minum air...."

Sepanjang dialog-dialog ini berlangsung, Mama hanya mampu bersabar dan memujuk Amir.."Sabar ye sayang, kalau haus, kumpul2 air liur, pastu telan......sabar........sabar.......dah tak lama nak buka tu...Amir kan dah besar...kena puasa....!!

Syukur Alhamdulillah...Allah kurniakan aku seorang anak yang mendengar kata....

Dan aku dengan bangga memberitahu, setakat ini Amir belum tinggal puasa lagi [tahun lepas dia hanya puasa sampai jam 12 tghri je]

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Kenapa begitu kejam..??

Tersentuh hati membaca suratkhabar hari ni, bila aku melihat seorang Ayah sanggup menyimbah asid pada isteri dan anak-anaknya, hanya kerana tidak diberikan wang sebanyak RM30. Apatah lagi seorang Ayah itu tidak bekerja dan merupakan seorang penagih dadah...dan pastinya wang RM30 yang diminta dari sang isteri akan digunakan untuk mendapatkan 'barang jahanam' tu.

Sebak hati aku melihat dua gambar anak-anaknya yang cedera ni.

Anak lelaki yang baru berusia 2 tahun menderita disimbah cuka getah

Anak perempuan yang cedera parah dimuka dan mungkin akan buta selama-lamanya

Tergamak hati seorang ayah melakukan perkara sebegini pada anak kandung sendiri. Bagaimana lah nasib dan masa depan anak ini nanti? Yang paling aku marah dan geram, simbahan asid tu dilakukan semasa anak-anak ini sedang tidur...KEJAM! KEJAM!

Untuk berita lanjut lihat di sini ------->> BERITA HARIAN



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 14 August 2010

Tepung Pelita Oh Tepung Pelita

Selalunya, time bulan puasa ni, aku mesti mencari kuih kegemaran aku ni..TEPUNG PELITA. Kuih tepung pelita ni sejenis kuih tradisional yang sedap dan enak rasanya. Aku ni kalau dapat tepung pelita memang dah tak toleh kiri kanan dah...sebab kuih ni memang 'peberet' aku. Kuih ni dibuat daripada santan dan tepung beras dan dimasak kemudian diletakkan dalam bekas yang diperbuat dari daun pisang. Sebelum bancuhan tepung beras yang telah dimasak dituang dalam acuan, terlebih dulu, diletakkan dengan air gula yang menjadikannya rasa lemak manis. Kemudian kuih ni dikukus...

Setakat ni aku belum jumpa lagi kuih tepung pelita 'piow'[pure] kat Kota Tinggi ni. Selalunya kalau ke Bazaar Ramadhan, yang ada cuma kuih tako, yang rupanya seakan-akan kuih tepung pelita. Cuma bezanya layer bawah bukan diletakkan air gula, tapi lapisan tepung beras yang kadang-kala diletakkan sengkuang cina dan diwarnakan hijau.

Entah kenapa tekak aku memang tak boleh nak terima kuih tako ni....

Hmmm terasa betul nak makan tepung pelita 'piow' Terengganu....Insya Allah kalau berkesempatan aku nak cuba buat sendiri la....Kena surf ENCIK GOOGLE for the recipe.

Kuih Tako

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 13 August 2010

Amir McD treat

Hari pertama berpuasa...Anak Mama masih maintain. Jam menunjukkan 6.50 petang. Amir dah siap mandi dan menunggu waktu berbuka. Lepas berbuka, Amir mintak Mama belanja berbuka kat Mc D esoknya [hari ke-2] kalau dia berjaya lagi berpuasa sampai petang!!

Yesss... Amir berjaya lagi untuk hari ke-2.....dan hadiahnya, berbuka kat McD...Mama turutkan lah, nak bagi anak semangat untuk berpuasa.

Our food for berbuka ... Ayam goreng McD, Grilled Chicken Burger [GCB], and fries

Berseronok di Mc Donalds...

Adik pun tumpang sekali la, walaupun tak berpuasa...makanan adik, of course lah...chicken porridge...nyum nyum....

Hari ni, Amir berpuasa lagi untuk hari ke-3....Teruskan ye sayang Mama....

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...