klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Sunday 22 August 2010

MERCUN & HARI RAYA



Macam-macam jenis mercun dan bunga api ~ gambar ihsan Mr Google
Mercun ~ memang seronok main mercun tapi sangat2 merbahaya kalau disalah gunakan.  Satu artikel akhbar Kosmo mengenai jari jemari kanak-kanak berusia 8 tahun cedera apabila bermain mercun -------->> bahana mercun

Aku sangat2 berhati-hati kalau bab mercun ni.  Kalau Amir nak juga main bunga api, aku akan pastikan dia main bunga api yang biasa2 je dan dibawah pengawasan aku. Budak mana yang tak suka main mercun & bunga api, amir pun tak terkecuali.  mana dia dapat bunga api @ mercun?  Pastinya bukan dari aku.  Yang selalu jd supplier ~ dua orang adik ipar aku.  Ntah dari mana mereka dapat mercun & bunga api pun aku tak tahu....ada je pelbagai jenis mercun yang dibawa balik...ikut hati, nak aje aku tong sampahkan mercun2 dan bunga api tu...tapi apakan daya [paham2 la ye]

Kenapa mercun & bunga api dan hari raya cukup sinonim? Ada yang kata tak de mercun dan bunga api tak meriah hari raya.  Ye ke? Bagi aku mercun hanya membingitkan suasana dan asap bunga api menyesakkan nafas.  Tapi walaupun saban tahun ada je kanak2 yang tercedera terkena mercun dan penguatkuasaan undang2 terhadap penjual dan orang yang mengedarkan mercun dan bunga api;  ianya tetap menjadi pilihan dan bekalannya tidak pernah berkurang setiap kali hari raya menjelang.  Dimana silapnya?????

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

4 comments:

  1. kat param banyak berlambak ghiteww.. uhuhu

    salamm ramadhann akak norgie itewww

    ReplyDelete
  2. tapi yang hairannya kenapa masa raya puasa je kita dengar budah putus jari sana sini, masa CNY tak de dengar pn berita2 cam tu, sedangkan mercun dia oranglagi power!!!

    ReplyDelete
  3. salam en_me...lama x dengar berita...salam ramadhan...

    ReplyDelete
  4. Betullah Mummy Gee
    saya pon naik hairan...agaknya budak2 melayu ni kreatif dan inovatif kot...merubah rekacipta mercun supaya lebih boom lagi...hahaha

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...